Sunday, October 31, 2010

Bisakah Seperti Dulu?

Setiap bait-bait ayat ini ditulis datangnya dari hati. Mana mungkin hobi mencurahkan segala yg terpendam dilupakan begitu sahaja. Padahal, bila aku meluahkan dalam bentuk ini, aku rasa lebih lega dan masalah itu seperti dikeluarkan betul-betul melalui curahan ini....


O Tuhan,
Bisakah aku menjadi seperti dulu?
Seperti tahun-tahun sebelum aku tinggalkan gua tarbiyyah itu?
Bisakah?Bisakah?Bisakah?

Tahun-tahun kesalahan dalam hidupku...
>2007<
Tahun itu. Aku ingat lagi. Masih segar dalam ingatan kecil ini. Dalam lipatan kotak fikiran ku ini, walaupun secebis yg ku ingat untuk tahun itu, masih betul-betul terang dan jelas apa yang berlaku. Semuanya indah belaka. Aku hanyut dalam duniaku. Seakan-akan aku membalas dendam apa yang aku tahan sebelum ini. Padahnya sampai sekarang masih terkesan. Aku bodoh! Aku buta!

>2008<
Satu yang pergi. Satu yang datang. Datang ujian dari arah yang sama. Tapi aku tetap tak nampak. Alasannya, yang dulu dijadikan tiket utk menempah bala yang sama. Aku buta lagi! Oh Tuhan, betulkah Engkau sayangkan aku?

>2009<
Aku degillllllll!!! Mungkinkah? Apakah jiwa yang lembut begitu mudah dirobek sebegitu sekali? Dimana jiwa kemanusiaan itu? Aku ke yang salah??? Katakanlah!!!! Aku tersepit antara dua. Dan sekali lagi, aku dikorbankan untuk kebahagiaan yang lain, yang dua itu. Aku tidak pernah meminta untuk itu Oh Tuhan? Aku bukan jiwa yang mampu menghadapinya? Tapi kenapa aku terpilih sekali lagi? O Tuhan................. Masa terus berlalu.......untuk membongkarkan jawapan sebenar.....tapi aku? terus dalam permainan?

2010??
Keputusan telah diputuskan. Selalu aku katakan pada diriku,, "Moga ini yang terbaik!" Aku menanti masa itu. Aku berusaha sedaya upayaku. Aku cuba menjadi si setia. Sentiasa mahu yang terbaik. Cuba dan cuba menjadi sang sempurna. Tapi, hanya Dia yang sempurna dalam takdirnya. Aku hanya boneka yang diuruskan. Berita itu begitu menyentapkan!!!!

Aku terpaku. Fikiranku tiada apa-apa. Apakah ini? Apakah ini? Aku tidak silapkah?

Kenapa?Kenapa? Kenapa?

Tidakkkkkkkkkkkkk!!!!!!!

Sanggup ye mereka meragut segalanya? Oh hati! Ini datangnya dari Tuhan yang sama. Engkah marah Tuhankah?

Tidakkkkkkkkkkkkkk!!!!

Cukuplah. Tiada apa yang perlu dibincangkan. Semoga bahagia dengan hidup kalian berdua!

Aku hanya manusia. Aku tahu hakikat itu. Aku juga punya hati dan perasaan. Bukan sape-sape pun kan?Takpelah..... Aku ada DIA. Kekasih yang lagi sempurna dan menyempurnakan!

Aku bahagiakah? Bahagiakah aku?
Masih layakkah untuk aku O Tuhan?

It's all enough for me!!
Nak focus........

0 komen awak?:

 

Blog Template by YummyLolly.com - Photoshop Brushes Obsidian Dawn